PENGUNJUNG SETIA

22 Mac 2013

160 PELURU M16 TERENDAM


Ledang: Polis menemui sebuah kotak besi mengandungi 160 butir peluru raifal M16 dan pistol .38 di tebing Sungai Muar berhampiran Sekolah Menengah Sains Muar dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, peluru berkenaan ditemui seorang pekerja rumah burung yang kebetulan mahu mencari umpan memancing di sungai berkenaan.

Menurutnya, sebaik menerima laporan pada jam 12.20 tengah malam, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan menemui kotak peluru berkenaan terbenam dalam lumpur.

Katanya, kotak besi itu sudah berkarat dan selepas dibuka sejumlah peluru dalam keadaan elok ditemui.

"Selepas diperiksa, terdapat satu unit kelopak peluru berisi 30 butir peluru M16.

"Turut ditemui lima kotak peluru berisi 100 butir peluru M16 dan 12 butir peluru M16 diisi dalam dua uncang hitam.

"Selain itu, polis menemui 18 butir peluru pistol .38 dalam kotak besi berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan keadaan kotak yang berkarat, pihaknya percaya ia sudah berada di tebing sungai itu sejak sebulan lalu.

Harun berkata, pihaknya kini menyiasat penemuan peluru itu termasuk mengesan pihak yang membuangnya di kawasan berkenaan.

SUMBER: HARIAN METRO, 22 MAC 2013

Tiada ulasan: