LEDANG – Penantian 180 pembeli rumah kos sederhana rendah di Taman Sri
Nilam, Tangkak di sini, yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu berakhir
apabila rumah berkenaan siap dibina pada Disember lalu.
Kejayaan itu hasil daripada keprihatinan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan melantik kontraktor penyelamat oleh Jabatan Perumahan Negara susulan pelbagai aduan yang dikemukakan pembeli.
Salah seorang pembeli, Saripah Hamzah, 57, berkata, dia gembira apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan mendiami rumah baru sejak 12 tahun lalu menjadi kenyataan.
Menurutnya, kegembiraannya itu secara tidak langsung dapat melenyapkan kesedihannya selama ini setelah projek perumahan yang memulakan pembinaan pada 2002 dan dijadualkan siap tiga tahun berikutnya telah berlarutan lebih 10 tahun.
“Siapa tidak sedih? Saya rasa tertipu kerana bayaran keseluruhan rumah berjumlah RM45,000 dilunaskan melalui 10 kali pembayaran, tetapi rumah tidak siap.
“Sepanjang tempoh itu, saya bersama tiga anak terpaksa menyewa rumah pangsa di Jalan Ong Siong dengan kadar sewaan RM150 sebulan selama 12 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.
Saripah yang juga ibu tunggal berkata, dia pernah patah hati dan enggan mengambil berat lagi mengenai rumah tersebut kerana baginya setiap kali teringat perkara itu hatinya menjadi geram serta marah.
"Namun pada awal tahun lalu, saya dikejutkan dengan berita bahawa projek itu dimulakan semula dan berjaya disiapkan dalam masa lapan bulan," katanya yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tangkak.
Katanya, kerana terlalu gembira dia mengambil keputusan berpindah segera ke rumah barunya itu pada Januari lalu dan merupakan antara pembeli terawal yang berpindah ke kawasan berkenaan.
“Saya membelanjakan lagi RM10,000 bagi kerja-kerja ubahsuai rumah untuk keselesaan kami empat beranak,” katanya yang kematian suami pada 2001.
Sementara itu, Rusila Mahani, 49, pula berkata, dia tidak dapat menjelaskan kegembiraannya dan menganggap ia seperti satu ‘keajaiban’ kerana projek yang sudah terbengkalai terlalu lama itu akhirnya berjaya disiapkan.
“Ketika ini, saya sekeluarga tinggal bersama ibu di Batu 18 Air Hitam dan bercadang pindah ke sini empat tahun lagi selepas suami yang bekerja di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, bersara.
“Walaupun rumah ini agak kecil tetapi kami gembira kerana impian untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan,” katanya yang sebelum ini terpaksa membayar RM275 sebulan kepada bank.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Taman Sri Nilam, Tangkak adalah antara 27 daripada 39 projek perumahan terbengkalai di negeri ini yang berjaya disiapkan semula melalui kerjasama antara
kerajaan negeri, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara.
Menurutnya, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM6.1 juta untuk memulihkan projek itu. Pemaju penyelamat dilantik oleh Jabatan Perumahan Negara dan memulakan pembinaan pada April 2012 dalam tempoh setahun tetapi projek itu berjaya disiapkan empat bulan lebih awal.
“Manakala sijil layak menduduki (CFO) bagi projek ini diperoleh pada 21 Disember 2012.
“Ada dua lagi projek perumahan terbengkalai di daerah ini, salah satunya sudah terbiar hampir 16 tahun dan kita jangka akan memulakan semula projek ini pada pertengahan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis
Penyerahan Sijil Kelayakan Memiliki Projek Perumahan Terbengkalai Taman Sri Nilam dekat Tangkak, di sini.

Katanya, kejayaan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional menepati
janjinya untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat demi menjaga
kebajikan dan kesejahteraan mereka.
SUMBER: SINAR HARIAN, 01 MAC 2013
1 ulasan:
jika perlukan tanah 2 ekar di dalam kg payamas dalam tangkak ledang untuk bina dan jual rumah boleh joinventure bersama tuan tanah. call en omar 01127632554.lokasi tanah amat strategik dan lengkap kemudahan jalan tar/infrastruktur/ 200meter ke matrikulasi ledang tangkak
Catat Ulasan