LEDANG - Polis menggagalkan kegiatan penyelewengan 2,000 liter minyak
diesel subsidi bernilai RM3,700 dengan menahan tiga lelaki bersama tiga
lori yang sudah diubahsuai di lokasi berasingan di Tangkak, di sini,
baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, serbuan pertama kira-kira jam 4.30 petang, Khamis lalu, dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam seterusnya menahan dan memeriksa sebuah lori muatan satu tan di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas, Tangkak.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui dua tangki tambahan di bahagian muatan yang hampir dipenuhi diesel.
“Ketika serbuan, pemandu lori yang berumur 43 tahun itu sedang leka mengisi minyak di sebuah stesen di bandar ini.
“Ketika disoal siasat pemandu terbabit menyatakan hanya menerima arahan untuk menghantar diesel tersebut sejurus kedua-dua tong itu sudah dipenuhkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.
Harun berkata, tangkapan kedua dilakukan setengah jam kemudian di sebuah stesen minyak di bandar Tangkak yang membawa kepada penahanan seorang pemandu lori berusia 50 tahun ketika sedang mengisi dua tangki minyak disembunyikan di bahagian muatan.
Manakala, tangkapan ketiga dilakukan lebih awal pada jam 9.15 pagi pada 28 Februari lalu, di Tangkak dan modus operandinya juga sama.
“Untuk tangkapan ketiga, kita menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berasal dari Kulaijaya. Pemeriksaan mendapatinya negatif dadah dan tidak ada rekod jenayah lampau.
Walaupun dalam masa singkat sudah berlaku tiga kes, namun kegiatan ini masih terkawal di daerah ini.
“Polis masih menyiasat dalang atau sindiket di sebalik kegiatan ini. Polis tidak menolak kemungkinan diesel itu akan dijual kepada pihak ketiga dan pemandu lori itu hanya sebagai perantara.
Modus operandi lori berkenaan adalah sama dan pihak polis percaya pemandu berasal dari Muar itu diarahkan oleh sindiket yang serupa bagi menjalankan kegiatan tersebut,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 12 MAC 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan