LEDANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang
pemandu yang terselamat apabila treler dipandunya terbalik selepas
terbabit dalam kemalangan di Kilometer 158.3 Lebuh Raya Utara Selatan
arah selatan, semalam.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan dua kenderaan menyebabkan lebuh raya sesak sejauh empat kilometer setelah treler yang sarat membawa muatan kertas kitar semula terbalik lalu merentangi lebuh raya.
Pemandu treler berkenaan Azwan Ahmad, 29, berkata, dia dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Simpang Renggam, Johor.
Menurutnya, sebelum berlakunya kejadian itu dia sempat melihat melalui cermin belakang dan terlihat sebuah kereta Honda City di laluan kanan arah yang sama hilang kawalan sebelum menghimpit treler dipandunya.
“Saya cuba elak kereta itu dengan memasuki laluan kecemasan tapi tidak berjaya menyebabkan belakang treler terangkat lalu berpusing sebelum treler terbalik merentangi lebuh raya.
“Dalam situasi sukar dengan keadaan kepala di bawah dan kaki di atas, saya berusaha untuk keluar selepas terperangkap dalam treler hampir lima minit,” katanya.
Azwan berkata, dia segera menyelamatkan diri kerana bimbang keadaan treler itu yang berkemungkinan boleh meletup secara tiba-tiba.
Menurutnya, kejadian itu menjadi pengalaman ngeri sepanjang empat tahun menjadi pemandu treler, namun dia bersyukur kerana terselamat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Menurutnya, pemandu kereta berkenaan iaitu wanita berusia 40an selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai memandu laju kenderaan itu sebelum hilang kawalan lalu menghimpit treler terlibat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan minta saksi kejadian tampil untuk bantu siasatan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 16 MAC 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan