LEDANG – “Saya terkilan dan sedih kerana hajat Kumar untuk bersanding
di Melaka tidak kesampaian. Kali terakhir bertemu dengannya sebelum dia
melangsungkan majlis perkahwinan di Singapura, dua minggu lalu yang
turut dihadiri ahli keluarga yang lain,” kata abang sulungnya, Muhamad
Nazri Pandian Abdullah, 47.
Muhamad Nazri yang memeluk Islam beberapa tahun lalu berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa adiknya kira-kira jam 2 pagi selepas dihubungi adik iparnya Ragu, 37, dari Sunway, Selangor yang memaklumkan kejadian itu.
Katanya, Ragu terlebih dahulu mengetahui kejadian tersebut selepas diminta oleh ibunya, Dorathi Sta Maria, 68, kerana bimbang selepas gagal menghubungi telefon bimbit adiknya yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Serani, Melaka.
“Kumar dan isteri serta tiga yang lain bertolak dari Singapura pada jam 6 petang dan sepatutnya tiba di Melaka jam 10 malam seperti kebiasaannya.
“Malangnya sehingga jam 1 pagi adik masih belum tiba di kampung dan telah membuatkan ibu berasa risau kejadian tidak diingini menimpa Kumar,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tangkak di sini, semalam.
Katanya, Ragu menghubungi Plus Expressways Bhd (Plus) bagi mengetahui keadaan lebuh raya dan memaklumkan ada berlaku kemalangan di lebuh raya berhampiran Tangkak membabitkan sebuah kereta Proton Waja, lori dan bas.
“Namun tidak dapat mengenal pasti mangsa yang terlibat serta diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tangkak.
“Setelah menghubungi balai polis trafik dan mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat adalah kereta yang dinaiki Kumar serta dimaklumkan tiga terkorban sementara dua lagi terselamat,” katanya.
Jelas Muhamad Nazri, dia mengetahui adiknya terbunuh ketika membuat pengecaman mayat di Hospital Tangkak.
Katanya, adik bongsunya itu berhijrah menetap di Singapura sejak lapan tahun lalu kerana bertugas sebagai Pegawai Keselamatan di sebuah hotel di sana, manakala isterinya bekerja sebagai akauntan di hotel yang sama.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini adiknya kerap pulang ke kampung untuk membuat persiapan persandingannya yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.
“Pemergian Kumar satu kehilangan besar buat keluarga ini kerana dia manja dan rapat dengan ibu.
"Walaupun tinggal di Singapura, tetapi dia kerap pulang menziarahi ibu yang sudah tua memandangkan beberapa adik-beradik lain tinggal di luar negara termasuk di Australia,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 07 APRIL 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan