LEDANG 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan tujuh calon
baharunya yang akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen negeri ini pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), termasuk kerusi untuk Pengerusi PKR
negeri, Datuk Dr. Chua Jui Meng.
Melalui satu ceramah di pekarangan sebuah rumah di pekan Tangkak, di
sini kira-kira pukul 11.55 malam tadi, pengumuman dibuat oleh Penasihat
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan hampir 2,000 penyokongnya.
Anwar memberitahu, Jui Meng akan bertanding di kerusi Parlimen
Segamat, manakala bekas calon Parlimen Johor Bahru yang tewas sebelum
ini, Hassan Karim iaitu Naib Ketua PKR negeri bertanding di kerusi
Parlimen Ledang.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya negeri, Khuzan Mohammad pula akan
bertanding di Parlimen Sri Gading; Ketua Biro Pendidikan dan Latihan
PKR Wilayah Persekutuan, Onn Abu Bakar di Sembrong dan penulis blog,
Julailey Jemadi di Sekijang.
Calon lain ialah Timbalan Ketua PKR Johor, Dr. Ahmad Faidi Saidi di
Pasir Gudang; bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk
Idris Jauzi di Batu Pahat.
Anwar turut mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding
di kerusi Parlimen Gelang Patah seperti diperkatakan sebelum ini dan
mengulangi bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri
Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.
"Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Steven Chong bertanding di
Parlimen Tebrau manakala Pengerusi PKR Parlimen Muar, Nor Hizwan Ahmad
bertanding di Parlimen Muar," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
SUMBER: UTUSAN ONLINE, 09 APRIL 2013
1 ulasan:
mana2 muka yg syok sendiri tu patut lah undur diri. muka yg betul2 buat dan kuat kerja patut jadi wakil.dan mesti mewakili ,disukai dan di yakini. usah nak cerita la pasal parti lawan. diri sendiri patut betul2 kuatkan. macam di DUN Gambir tu, betul ke dia mewakili pengundi.DUN ni di wujudkan bukan untuk naikkan wakil mic , tapi kesilapan besar UMNO ...tak tau la camne nak bagi kerusi ni balik pada umno. tak guna orang umno nak marah lak..kena fikir dan fikir masak2 sebelum taruk wakil. silap2calun pas or pkr dapat kerusi ni...baru padan
Catat Ulasan