PENGUNJUNG SETIA

08 April 2013

KAUM INDIA DIMINTA TIDAK TERTIPU

M. Asojan (kanan) menyertai program gotong-royong mengecat dan membersihkan kawasan Pasar Tani Bukit Gambir dekat Ledang, Johor, semalam.
 
LEDANG 7 April - Masyarakat India negeri ini dinasihatkan tidak terpengaruh dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba memancing undi kononnya akan membantu sepenuhnya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jika pembangkang memerintah.

Sambil menempelak tindakan itu, Setiausaha MIC negeri, M. Asojan meminta kaum India menilai janji Anwar secara rasional sedangkan semasa menjadi Menteri Pelajaran dahulu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak pernah membantu sekolah aliran berkenaan.

Menurutnya, janji Anwar itu dibuat semata-mata untuk memancing undi kaum India pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perbuatan itu cuba mengelirukan mereka.

“Dia kata kalau berkuasa akan jadikan semua 530 SJKT di Johor sebagai sekolah bantuan penuh. Sekarang ini memang kerajaan beri bantuan penuh kepada 130 SJKT.

“Selebihnya pula tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat SJKT yang didirikan di kawasan tanah persendirian atau di ladang tetapi kerajaan tidak abaikan serta tetap beri perhatian tertentu," kata Asojan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Pasar Tani Kekal FAMA Bukit Gambir di Bangunan Pasar Tani Borong Bukit Gambir, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata,semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Anwar tidak berbuat apa-apa untuk SJKT.

Begitu juga semasa menjadi Menteri Pertanian, Ketua Pembangkang itu tidak pernah menyewa atau memberi tanah kepada orang India untuk projek pertanian bagi membantu kaum tersebut.

“Jadi kenapa baru sekarang nak bela kaum India? Apa yang dia buat masa berkuasa dahulu? Apa peruntukan yang dia luluskan untuk bantu orang India semasa jadi Menteri Kewangan? Apa pembelaan untuk orang India?" katanya lagi.

Tegas Asojan, lebih mengejutkan, manifesto pembangkang kali ini meminggirkan kepentingan kaum India tetapi selepas dikritik, manifesto tersebut diperbaharui dan ditokok tambah bagi menjaga hati kaum itu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 APRIL 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memeang pengundi kawasan ni patutt pilih calun pkr or pas. asujan ni saja je nasi tambah. tak de buat ape pun. bukan dia wakili semua penduduk. orang kampung berbulu tengok dia ni. buat sikit ,iklan je lebih2. betul ke dia bantu semua orang kampung. sudah la. cari lah calun baru yg betul anda yakini mewakili diri anda..