Oleh Hai Rozzaman Jalal
SELAIN menambah kecergasan diri, program Jom Berbasikal Bersama
Wakil Rakyat anjuran UMNO Cawangan Kesang Tasek dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kesang Tasek, Ledang menjadi medium merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat.
Dengan
menaiki 30 basikal berasingan, mereka Mentua rampas dua anak Wanita
tertekan sikap keluarga bekas suami berstatus VIP pin mengelilingi
kampung dan sawah padi selain melua ngkan masa menziarahi penduduk sek
itar. Pengerusi JKKK Kesang Tasek, Abd Rahman Khamis berkata, program
itu adalah cetusan idea Ketua UMNO Cawangan yang juga Ahli Dewan Negara,
Senator Ahamat Yusop.
Acara julung kali itu disertai Ahli Parlimen Ledang
merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang,
Datuk Abdul Rahim Talib; Ketua Pemuda, Sahrihan Jani; Ketua Wanita,
Khairin Nisa' Ismail dan Ketua Puteri, Fahariyah Md Nordin.
Turut
menyertai program berbasikal itu adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO
Bahagian dan cawangan, Ahli JKKK dan penduduk kampung.
Rombongan berbasikal kemudiannya menziarahi 23 rumah penduduk kampung sambil bertanya khabar dan melihat masalah mereka.
Datuk
Hamim yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
sempat menyelami masalah warga tua, uzur dan kurang upaya selain
menyampaikan sumbangan barangan makanan serta wang tunai.
Sebanyak 20 beg sekolah sumbangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) turut diagih kepada pelajar miskin.
SUMBER: HARIAN METRO, 05 APRIL 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan