Mangsa, Pow Kim Chuan, 49, dan isterinya, Kong Yen Peng, 45,
meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Mohd. Salleh Razak berkata,
berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya punca kejadian ini
disebabkan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua mangsa.
Polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 10 pagi dan
bergegas ke tempat kejadian sebelum menjumpai kedua-dua mangsa yang
ketika itu tidak sedarkan diri.
Ketiga-tiga anak mangsa iaitu seorang lelaki berusia 18 tahun dan
dua anak perempuan berusia 20 dan 25 tahun bagaimanapun tiada di tempat
kejadian semasa insiden tersebut berlaku.
Polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kematian mengejut
tetapi kami masih menunggu hasil bedah siasatan yang dijalankan,"
ujarnya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 24 APRIL 2014
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 24 APRIL 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan