Majlis Jalinan Kasih Keluarga Haji Basar Hajah Saodah 2.0 yang diadakan
pada hari raya ketiga menghimpunkan 12 orang daripada 13 adik-beradik yang
turut disertai anak, cucu dan cicit keluarga besar itu. Hampir 100 orang
kerabat Allahyarham Haji Basar Haji Rahim dan Allahyarhamah Hajah Saodah Paimen
hadir pada pertemuan itu yang diadakan di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir
dekat Tangkak, Johor.
TANGKAK: Setelah dua
tahun tidak dapat merayakan Aidilfitri berikutan kekangan pandemik Covid-19,
tahun ini umat Islam di negara ini dapat menyambutnya dalam suasana gembira
apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara.
Mengambil kesempatan ini, majlis
Jalinan Kasih Keluarga Haji Basar Hajah Saodah 2.0 yang menghimpunkan 12
daripada 13 orang adik-beradik generasi keluarga Allahyarham Haji Basar Haji
Rahim dan Allahyarhamah Hajah Saodah Paimen mengadakan perjumpaan Aidilfitri
buat kali kedua.
Majlis jalinan kasih yang diadakan di
Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir di Tangkak pada hari raya ketiga itu
menghimpunkan lebih 100 orang terdiri daripada anak-anak, cucu dan cicit yang
datang daripada Negeri Sembilan dan seluruh Johor.
Perjumpaan itu dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan dan mereka dapat bertemu dengan pelbagai peringkat umur
dalam generasi keluarga besar itu. -INFOLEDANG