PENGUNJUNG SETIA

29 September 2009

KERAJAAN NEGERI PERTIMBANG WUJUDKAN AKADEMI POLIS BANTUAN

Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah
Isnin, 28 September 2009 17:24

Kunjungan Aidilfitri...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman bersama isteri menerima kehadiran masyarakat di majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sungai Mati, Muar. Gambar oleh Hairul Abu Bakar.

Kunjungan Aidilfitri...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman bersama isteri menerima kehadiran masyarakat di majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sungai Mati, Muar. Gambar oleh Hairul Abu Bakar

Ledang: Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan akademi polis bantuan bagi mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan pasukan berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sebagai permulaan dicadangkan seramai 50 anggota polis bantuan ditempatkan di empatPihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka akan menerima arahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru, Nusajaya, Kulai dan Pasir Gudang.

“PBT yang akan terlibat dalam program ini termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MBJBT), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sungai Mati baru-baru ini yang dihadiri seramai 15,000 tetamu.

Jelasnya lagi, polis bantuan yang menerima latihan akademi ini akan berkhidmat secara sepenuh masa dan mereka akan melaporkan terus kepada pegawai yang dilantik.

“Polis bantuan sudah lama wujud dan di negeri ini mereka ditempatkan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dan Lapangan Terbang Senai,” katanya.

Abdul Ghani berkata rekrut polis bantuan itu akan mendapat latihan di peringkat tempatan.

“Langkah ini juga akan mengeratkan lagi hubungan polis dan masyarakat agar orang awam merasa lebih selamat dengan kehadiran polis di dalam komuniti mereka,” katanya.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY

Tiada ulasan: