PENGUNJUNG SETIA

26 September 2009

RM82j TINGKAT KESELAMATAN AWAM JOHOR

MUAR 25 Sept. – Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM82 juta bagi membiayai pelbagai program untuk meningkatkan tahap perkhidmatan keselamatan awam daripada ancaman kejadian jenayah.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, tiga langkah yang diberikan penekanan adalah penambahan balai polis komuniti, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengambilan lebih ramai anggota polis bantuan.

Beliau memberitahu, program penambahbaikan tersebut akan dimulakan di selatan Johor terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia dan kemudian diperluaskan di seluruh negeri.

‘‘Kita mengambil langkah supaya masyarakat merasakan kewujudan pihak polis pada setiap tempat... pendekatan yang diambil juga akan membentuk kerjasama lebih rapi dan akrab antara polis dan masyarakat terutamanya di peringkat tempatan,’’ katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Sungai Mati di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Ghani, dalam rancangan pihaknya, sebanyak 100 balai polis komuniti dijangka dapat diwujudkan menjelang akhir tahun ini di seluruh negeri dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

‘‘Boleh dikatakan, setiap kawasan penduduk yang tidak lebih 1,000 rumah akan ada satu pos polis komuniti di mana di situ akan diletakkan seorang anggota polis bersama-sama enam yang lain yang diiktiraf sebagai sukarelawan polis,’’ katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 SEPTEMBER 2009

Tiada ulasan: