LEDANG - Ibu bapa dan pengusaha tadika diminta menyediakan diet yang
sihat untuk kanak-kanak bagi menggalakkan pertumbuhan yang baik dari
segi mental dan fizikal mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat berkata, mereka juga perlu menghalang anak-anak daripada makan makanan ringan secara berlebihan yang boleh menyebabkan obesiti dan pertumbuhan tidak seimbang.

Menurutnya, bayi dan kanak-kanak prasekolah harus diberikan formula
pemakanan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi seimbang termasuk susu
bagi memastikan mereka memperoleh diet sihat untuk membesar.
“Kita sering berasa gembira apabila lihat kanak-kanak montel dan menyangka mereka sihat, tetapi sebaliknya.
“Kita sering berasa gembira apabila lihat kanak-kanak montel dan menyangka mereka sihat, tetapi sebaliknya.
“Montel bermakna bayi atau kanak-kanak ini mengalami masalah lebihan
berat badan,” katanya ketika berucap melancarkan Mini Karnival Pemakanan
Sihat Komuniti Pagoh di Dataran Gersik dekat sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, diet dan gaya hidup sihat sentiasa diperlukan sepanjang masa.
“Tabiat pemakanan yang sihat akan menggalakkan pertumbuhan fizikal dan
mental yang baik dalam kalangan kanak-kanak, secara tidak langsung dapat
meningkatkan pembangunan rohani serta intelek.
“Saya menyambut baik penganjuran karnival ini kerana dapat memberi
pendedahan kepada penduduk kampung berkaitan kepentingan diet sihat,”
katanya.
Katanya, karnival tersebut juga melibatkan perbincangan mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat serta acara sukan berorientasi keluarga.
Katanya, karnival tersebut juga melibatkan perbincangan mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat serta acara sukan berorientasi keluarga.
Terdahulu Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor,
Kapten (B) Abdul Rahim Mohd Salleh berkata, penganjuran karnival
berkenaan bertujuan untuk mempromosikan cara pemakanan sihat dalam
kalangan masyarakat.
“Jabatan telah memutuskan untuk menganjurkan sembilan karnival yang
sama tahun ini dan Pagoh menjadi tuan rumah ketiga selepas Ledang dan
Kota Tinggi,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 15 JUN 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan