Secebis pendapat marhain mengenai kerja amal di Kg Kesang Laut
9:13 PG (22 jam yang lalu)
| ||||
Kerja Amal KKTM Ledang
Hari
nie adalah hari kedua bagi kerja Amal kelolaan KKTM Ledang. Semalam
rasa macam santai, bukan apa, semalam keluarga yg dibantu tidaklah dalam
keadaan dhaif mana.
Tapi keluarga yg dibantu pd hari ini sangat berpatutan, sangat bersesuaian, malah sangat tidak mencukupi.
Sedih
juga bila melihat keluarga ni. Kematian suami, kematian anak membuatkan
ibu kepada 4 beradik nie overstress.dan terganggu mentalnya.
Salah seorang anak perempuannya pula mengalami penyakit mental. Yg lain.masih bersekolah dan masih kecil.
Syukur, keluarga ini memang menerima sumbangan orang ramai, namunbegitu, ketidakmampuan mereka dalam menguruskan bantuan yg diterima (seperti pakaian dan beras)
membuatkan banyak bantuan tersebut akhirnya terpaksa dibuang dan dibakar oleh pihak sukarelawan akibat rosak dan busuk.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila didapati keadaan tandas yg tidak boleh digunakan lagi dan bilik air rosak.
Sedih bila mengenangkan bahawa saya hanya dapat datang pada hari ini dan bukannya semalam.. Sekiranya tidak, rasanya mungkin dapat membantu tenaga lebih banyak lagi hatta walapun terpaksa menelan beberapa biji ponstan akibat dah lama x pegang cangkul.
Bertambah sedih juga bila mengenangkan bantuan sumbangan
yang dapat disalurkan tidak dapat membantu banyak.. Hanya dapat
menggantikan atap zink dan menyimen sekangkang kera bahagian dapur yang
sebelum ini atas tanah serta membaiki sedikit tingkap yg tidak
berfungsi.
Kedengaran berbagai keluhan bagaimana betapa tidak
berfungsi sangat Jawatankuasa Kampung dan ahli surau beserta imamnya.,
betapa sempoi jiran2 yang hanya melihat di tepi rumah.. dan betapa
besarnya rumah adik beradik kepada.keluarga malang yang jaraknya
sepelaung
Namun begitu kedengaran juga berbagai pendapat dan
hujah mengenai cara-cara utk mendapatkan lebih sumbangan.. yang boleh
dicadangkan dan digerakkan oleh JAWATANKUASA KAMPUNG.
membuatkan banyak bantuan tersebut akhirnya terpaksa dibuang dan dibakar oleh pihak sukarelawan akibat rosak dan busuk.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila didapati keadaan tandas yg tidak boleh digunakan lagi dan bilik air rosak.
Sedih bila mengenangkan bahawa saya hanya dapat datang pada hari ini dan bukannya semalam.. Sekiranya tidak, rasanya mungkin dapat membantu tenaga lebih banyak lagi hatta walapun terpaksa menelan beberapa biji ponstan akibat dah lama x pegang cangkul.
- Ketua kampung menganjurkan kutipan derma RM10 sekeluarga dari setiap keluarga didalam kampung. Jumlah yang dikumpul bagi membantu menambah baik dan membina tandas dan bilik mandi yang sangat teruk itu. Dapat juga menaikkan dinding simen di bahagian dapur yang hanya menggunakan khemah usang dan dinding kanvas...
- Menyalurkan permohonan bantuan utk membina tandas dengan tangki septik yang lebih baik kepada pejabat kesihatan.
- Menguatkan ukhwah dan sikap bantu membantu dikalangan orang kampung.
- Mengukuhkan dan sekiranya perlu; merombak kepimpinan Jawatankuasa Kampung bagi meningkatkan tahap keberkesanan fungsi jawatankuasa tersebut.
- Mewujudkan kelab atau persatuan pemuda kampung yang boleh digerakkan sebagai kumpulan sukarelawan.
- Langkah terakhir adalah panggil press... InsyaAllah, nanti datanglah YB datuk2 prof2 terhegeh hegeh bagi alasan. Ehh silap.. YB pun dah datang dah... Mari kita lihat tahap keberkesanan mereka pula.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah yang sangat2 kepada adik2 sukarelawan daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang. Tidak terhingga besarnya jasa kalian, Allah juga lah yang akan membalasnya. Tahniah kpd orang2 kampung yang menolong, Tahniah kepada kakitangan dan pengurusan yang juga bersama-sama turun padang dan mereka2 yang terlibat dalam merancang, menyusun dan mengendali program. Anda semua adalah insan mukhlisin yg menunjukkan sikap mukmin yang baik.
Kerana Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan