PENGUNJUNG SETIA

15 Jun 2012

PEKAN BUKIT GAMBIR DILIMPAHI PEMBANGUNAN


LEDANG: Sepuluh tahun lalu, Bukit Gambir hanyalah sebuah pekan kecil yang kurang dikunjungi kerana destinasi lokasi di dalam daerah Ledang itu dibayangi kepesatan pembangunan bandar Tangkak dan Muar.

Bagaimanapun, pekan yang kini memiliki kira-kira 40,000 penduduk itu sudah jauh berubah dan dianggap bandar kecil penting selepas Muar dan Tangkak.

Kemajuan dinikmati menyaksikan deretan kedai dan pusat perniagaan wujud di pekan itu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Penduduk Bukit Gambir, Anisah Omar, 40, berkata, masyarakat kini menikmati limpahan kemajuan pembangunan daripada pelbagai projek dilaksanakan kerajaan.

"Sebagai anak jati Bukit Gambir, saya gembira dengan usaha dilakukan kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

"Pekan yang dulunya kurang dikunjungi dan tidak dikenali kini bertukar wajah dan semakin meriah dengan kehadiran pengunjung," katanya.

Menurutnya, 10 tahun lalu dia terpaksa ke bandar Tangkak atau Muar untuk mendapatkan barangan keperluan atau khidmat perbankan tetapi kini, semuanya boleh didapati di pekan berkenaan.

"Penduduk dari beberapa kampung berdekatan tidak lagi perlu ke Muar untuk menyelesaikan urusan perbankan kerana banyak bank mempunyai cawangan di sini.

"Selain itu, barangan keperluan harian juga boleh didapati dengan mudah di pusat perniagaan Bukit Gambir dan harganya jauh lebih murah daripada bandar berdekatan," katanya.

Penduduk, Mohd Izani Salleh, 33, berkata seiring pembangunan dikecapi, pasaran hartanah di Bukit Gambir semakin mendapat sambutan.

Katanya, faktor seperti pembukaan Jalan Bukit Gambir-Sengkang menyebabkan pekan itu menjadi pilihan orang ramai untuk memiliki aset di kawasan berkenaan.

"Dulu, harga rumah kembar setingkat di kawasan ini sekitar RM120,000 hingga RM160,000 saja, tetapi kini rumah sama boleh dijual mencecah RM600,000.

"Itu membuktikan hartanah di kawasan ini semakin bernilai dan mendapat sambutan hangat," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 JUN 2012

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa PEKAN SEROM sampai lani malap?

serom tu kan Adun Serom jaga. Berpuluh tahun rancang sampai la ni masih malap. orang kampung nak niaga berjualan pun susah...camne?

cakap ngan YB ahli parlimen pun tak di hirau. ngan MBesar susah nak cakap...
nasib la kami orang kampung...tak siapa nak dengar uara kami....

Tanpa Nama berkata...

iye ke?kl nk wt pembangunan kenalah plak jual tanah...dh org xnk jual syg tanah pusaka...kira ok per serom sape kata malap....

Tanpa Nama berkata...

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tapak lot rumah di (1) kg sungai jaya keluasan l/k 6000 ka per kedudukan berhampiran masjid sungai jaya.(2) di jalan sialang Tangkak. unit terhad tel 0133615685

Unknown berkata...

Bukit gambir.. Rumah dah mahal... Tanah lot pon dah mahal. Mmmm
Ada ke tanah nak jual...