LEDANG - Hajat seorang peniaga otak-otak dan burger bakar untuk
mengambil bekalan jualannya tidak kesampaian apabila maut selepas
terbabit nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Batu 10, Jalan
Muar-Tangkak dekat Bukit Kangkar, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Muhamad Farid Khalid, 31, berasal dari Jalan Naib Long Tangkak, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, mangsa yang memandu bersendirian kenderaan jenis Proton Iswara difahamkan dalam perjalanan dari Tangkak menghala ke Muar untuk mengambil bekalan jualan di Kesang.
“Malangnya setibanya di tempat kejadian, kereta mangsa dirempuh sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dari laluan bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki laluan mangsa.
“Akibat rempuhan itu, kereta Muhamad Farid remuk teruk di bahagian hadapan dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Harun berkata, pemandu kenderaan MPV itu, Chandra Kumari Velautham, 46, juga berasal dari Tangkak, patah tangan kanan.
Menurutnya, keadaan guru wanita salah sebuah sekolah Tamil di Tangkak itu dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
“Ketika kejadian guru berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil surat pelantikan kenaikan pangkat di Muar.
“Kejadian berlaku dalam cuaca hujan dan kemungkinan berpunca daripada jalan licin," katanya.
Katanya, Mayat Muhamad Farid dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, Tangkak sebelum solat Zuhur dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 7 FEBRUARI 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan