Harun
(tengah) menunjukkan barang yang dirampas selepas menahan penjenayah
yang memecah masuk rumah doktor gigi di Taman Serom Utama, 20 Ogos lalu.
LEDANG – Seorang penjenayah berputih mata apabila dicekup polis sebaik
saja memecah masuk sebuah rumah di Taman Serum Utama, Sungai Mati, dekat
sini, 20 Ogos lalu.
Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, tangkapan jam 5 pagi itu dilakukan hasil maklumat penduduk setempat yang melihat suspek menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan menghampiri rumah mangsa.
“Suspek yang berusia 24 tahun itu masuk ke rumah mangsa melalui pintu tepi ketika kesemua penghuninya sedang tidur.
“Apabila menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri bersama sebuah beg yang sarat mengandungi hasil rompakan namun, akhirnya berjaya ditangkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui 13 jenis barangan termasuk kelengkapan memecah masuk rumah dalam beg yang ditemui bersama suspek.
“Antara barangan yang ditemui sebuah helikopter kawalan jauh, mesin urut terapi, kamera ‘handycam’ dan alat ujian darah.
“Kesemua kerugian yang dialami mangsa iaitu seorang doktor pergigian berusia 40an dianggarkan RM20,000,” katanya.
Suspek yang berasal dari Taman Serom Utama, Sungai Mati itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pecah rumah sebagai punca utama pendapatannya sebelum dicekup polis.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan
Jenayah) 1969 yang dikenakan sekatan selama dua tahun.
“Bagi kes berkenaan pula, suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 31 OGOS 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan