Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
Muar: “Kami pergi ziarah saudara meninggal
dunia, tak sangka pula dalam perjalanan pulang, emak dan emak saudara
saya turut terbunuh,” kata Siti Nur Suhada Abdul Rahim, 20, yang
terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa di Bukit Kangkar, Jalan
Sungai Mati-Tangkak di sini, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan
pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki lapan bersaudara
melanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Batu 8, Bukit
Kangkar.
Mangsa yang terbunuh ialah tiga beradik, Jasilah Othman, 43
(pemandu); Mahani, 56 (ibu Siti Nur Suhada) dan Rokiah Othman, 62. Dua
lagi ialah suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, dan saudara mereka, Ramlah
Abu Bakar, 66.
Jasilah, Rokiah dan Mahani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Basiron dan Ramlah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
Jasilah, Rokiah dan Mahani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Basiron dan Ramlah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
LIMA
sekeluarga yang maut dalam kemalangan selamat dikebumikan dalam satu
liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Amat, Muar, semalam.
KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas.
TIGA mangsa yang maut di tempat kejadian.
Siti Nur Suhada berkata, mereka lapan bersaudara bertolak dari Bandar Tenggara pagi kelmarin ke bandar ini untuk mengambil ibu saudara sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada petang hari sama bagi menziarahi ibu saudara yang meninggal dunia.
SUMBER: HARIAN METRO, 29 OGOS 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan