Oleh Shaiffulazhar Misri
Ledang: Seorang warga emas nyaris
maut apabila rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), di Kampung
Serom 5 Hulu, di sini, yang didiaminya musnah dihempap pokok kelapa
sawit, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa Saorah Kesot, 74, yang juga dikenali sebagai Wak Minok dalam kalangan penduduk setempat dikatakan tidur bersendirian di dalam rumah itu sebelum hujan lebat dan angin kuat hingga menumbangkan pokok sawit di kawasan berdekatan rumahnya.
Anak saudaranya, Ezah Majid, 42, berkata, keluarganya bersyukur ibu saudaranya itu tidak cedera sedangkan rumahnya itu rosak teruk.
"Kejadian disedari sepupu saya yang tinggal di kawasan berhampiran apabila terdengar bunyi kuat seperti pokok tumbang dari arah rumah Wak Minok.
"Pada masa yang sama, dia segera memanggil bapa saya iaitu abang kepada Wak Minok untuk melihat apa yang berlaku.
"Bapa segera ke rumah Wak Minok dan menemui dia cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di satu sudut bahagian rumah yang tidak terjejas," katanya.
Menurutnya, Wak Minok tinggal di rumah itu berseorangan kerana tidak mempunyai anak walaupun pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.
"Wak Minok mempunyai masalah mental sejak kanak-kanak dan masalah itu menyebabkannya lebih selesa tinggal sendirian di rumah yang dibina bersebelahan rumah bapanya.
"Bagaimanapun, kebelakangan ini keadaan mental Wak Minok bertambah teruk kerana enggan mengambil ubat selain penglihatannya semakin terjejas sejak tahun lalu," katanya.
Rumah PPRT itu dibina penduduk kampung secara gotong-royong kira-kira enam tahun lalu dan Wak Minok adalah penerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Sementara itu, Pegawai JKM Ledang Ab Gani Ab Bakar berkata, JKM mengambil langkah awal memberikan segera bantuan untuk membaiki rumah warga emas itu sebanyak RM5,000 melalui sumbangan kerajaan negeri.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 OGOS 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan