LEDANG: Seorang pelatih Giat Mara di sini, bukan menggunakan kemahiran yang diperoleh di pusat berkenaan untuk kebaikan, tetapi untuk mencuri motosikal sejak hampir setahun lalu.
Bagaimanapun kegiatan pelatih berusia 19 tahun itu terhenti selepas dia dan enam rakan jenayahnya ditahan, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, semua mereka ditahan di dua lokasi berasingan di daerah berkenaan selepas pihaknya menerima laporan kecurian motosikal pada pagi hari yang sama.
"Seorang daripada suspek ditahan di Kampung Parit Kasan, Bukit Gambar pada jam 2 petang, manakala selebihnya ditahan di Kampung Serom, Sungai Mati hampir sejam kemudian.
"Selain remaja terbabit, suspek yang ditahan adalah penganggur serta yang bekerja sendiri. Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun," katanya di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.
Menurut beliau, pihaknya percaya kumpulan terbabit aktif mencuri motosikal sejak tahun lalu dan menjadikan motosikal yang diletak di parkir awam sebagai sasaran.
Harun berkata, siasatan turut membawa kepada penemuan pelbagai komponen motosikal termasuk Yamaha RXZ yang sudah dileraikan.
"Ketujuh-tujuh suspek tiada rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.
"Seorang suspek yang berusia 20 tahun ditahan dipenjara sehingga 16 Februari ini kerana gagal membayar ikat jamin RM2,200," katanya.
Suspek itu yang bekerja sebagai tukang rumah dikatakan baru saja terbabit dalam kegiatan berkenaan sejak penghujung 2011.
SUMBER: HARIAN METRO, 20 JANUARI 2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan