Hamim (kedua dari kanan), Abd Latif (paling kiri) dan dif-dif kehormat lain di majlis pelancaran buku.
Hamim merasmikan program penanaman pokok tersebut
Sebahagian daripada wakil-wakil FRIM yang menghadiri program tersebut.
3 Januari 2017 (Selasa) – Timbalan Menteri
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Ir Hamim Samuri
telah melancarkan buku terbitan FRIM bertajuk, ‘Gunung Ledang
Malaysia—Flora Puncak Tertinggi Paling Selatan Asia’ pada 31 Disember
lalu sempena Majlis Perasmian Program Penanaman Pokok Mega Parlimen
Ledang 2016 di Bandar Baru Tangkak Park, Tangkak, Negeri Johor.
Buku yang disunting oleh Hamim, Ketua Pengarah (KP)
FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan beberapa penyelidik FRIM yang lain
ini mendokumentasi keunikan serta keindahan flora di Gunung Ledang. Di
majlis yang sama, Hamim juga melancarkan logo ‘Love Ledang Tangkak’.
Abd Latif mengetuai delegasi FRIM dalam menyertai
program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan
serta memupuk kesedaran menghargai hutan.
Lebih 3,000 peserta termasuk ahli-ahli komuniti
tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Gambir dan
Serom telah menyertai program tersebut. Mereka berjaya menanam sebanyak
3,144 anak pokok karas berjaya sekali gus mencipta rekod baharu dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai “Largest Karas Tree Planting Event”.
Pengiktirafan tersebut dibuat oleh Pegawai Khas
MBOR, Nurasyikin Ramli yang menyampaikan sijil kepada Timbalan Menteri
NRE, Datuk Ir Hamim Samuri yang juga merupakan Ahli Parlimen Ledang.
Turut hadir, Dato’ Suhaimi Mamat, Setiausaha
Bahagian Kanan NRE; Datuk Borhanudin Arshad, Timbalan KP Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia; Datuk M Asojan Muniyandy, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Gambir; Abd Razak Minhat, ADUN Serom; Ezahar Abu
Sairin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak; Henry Goh, Presiden
Persatuan Pencinta Alam Malaysia serta wakil dari jabatan-jabatan dan
agensi-agensi lain di bawah NRE.
Deligasi FRIM termasuk Datuk Dr Rahim Sudin,
Timbalan KP (Operasi) dan isteri, Datin Salamah Selamat; Dr Samsudin
Musa, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar; Datin Halidah
Kasmin, isteri KP FRIM dan anak mereka, Muhammad Ismail.
#ledangtangkakluarbiasa #loveledangtangkak
2 ulasan:
Slm semua. Pd April 2017 konvokasyen KKTM ledang akan di adakan di PICC PUTRAJAYA. Sekiranya ada kawan2 atau family yg mencari HOMESTAY di Putrajaya, saya ada 2 HOMESTAY utk diduduki.
Lokasi: Presint 11 - condo / apartment
HOMESTAY:3 bilik 2 bathroom
FASILITI : swimming pool/ gym
Harga : RM300- RM350/nite - 1 rumah
RM 150 - RM200 /nite - 1 bilik
Call/wsp: 012-6837139 - mdm shu://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1409903589073570&id=1336225809774682
Slm semua. Pd April 2017 konvokasyen KKTM ledang akan di adakan di PICC PUTRAJAYA. Sekiranya ada kawan2 atau family yg mencari HOMESTAY di Putrajaya, saya ada 2 HOMESTAY utk diduduki.
Lokasi: Presint 11 - condo / apartment
HOMESTAY:3 bilik 2 bathroom
FASILITI : swimming pool/ gym
Harga : RM300- RM350/nite - 1 rumah
RM 150 - RM200 /nite - 1 bilik
Call/wsp: 012-6837139 - mdm shu://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1409903589073570&id=1336225809774682
Catat Ulasan