JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian timur Johor.
Titah Sultan Iskandar itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Nusajaya di sini semalam.
"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," titah Tunku Ibrahim Ismail.
Terdahulu, Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.
SUMBER: KOSMO! 19 JUN 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan