TANGKAK: Seorang wanita kakitangan Pos Malaysia Berhad cawangan Muar, maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan van Pertubuhan Anak Yatim Muar (Pekayim) di Batu 10, Jalan Muar-Tangkak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, Noridah Md Diah, 26, yang juga anggota sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu van dan tiga lagi penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Muar untuk pulang ke rumahnya di Tangkak.
Katanya, kereta dipandu mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori sebelum bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan.
SUMBER: BERITA HARIAN, 20 JUN 2009
1 ulasan:
al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.
Catat Ulasan