LEDANG - Seorang wanita hanya cedera di bahu walaupun kereta jenis
Perodua Viva yang dipandunya remuk dan terbalik dengan kesemua tayarnya
ke atas dalam kemalangan di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Lebuh Raya
Ayer Keroh Melaka Jasin dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila kereta dipandu Ainul
Ashikin Ismail, 26, terbabas lalu merempuh tembok jalan dan tiang
elektrik ketika dalam perjalanan dari Melaka ke rumahnya di Muar.
Saksi kejadian, Daud Yusof, 53, berkata, selepas mangsa memotong
motosikal yang ditunggangnya sejauh 20 meter, dia melihat kereta itu
hilang kawalan lalu merempuh tembok jalan dan tiang lampu.
"Sebaik dihampiri, saya lihat pemandu kereta itu tersepit. Saya dan
penduduk kampung cuba membantu mengeluarkannya tetapi gagal sebelum kami
menghubungi bomba," katanya.
SUMBER: KOSMO, 24 NOVEMBER 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan