Rumah lama dan baru yang didiami keluarga Abu Bakar Pardan dan Rotisah Kaulani di Kampung Konggo, Sagil, Tangkak. -INFOLEDANG
Tangkak: “Saya
bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu hingga
dapat menikmati kehidupan di rumah baru yang lebih selesa,” kata Rotisah
Kaulani (gambar) yang menerima sebuah rumah baru dibina secara gotong-royong di Kampung
Konggo, Sagil, di sini.
Sebelum ini,
Rotisah, 43, tinggal bersama suaminya, Abu Bakar Pardan, 46 dan lima orang anak
mereka berusia antara 17 hingga 2 ½ tahun di rumah yang uzur dan kurang selesa
berikutan pernah ditimpa bencana ribut.
Katanya, dia
sekeluarga tinggal di rumah itu yang asalnya didiami ibu bapanya sejak 17 tahun
lalu namun keadaannya kurang selesa berikutan kejadian ribut yang turut menimpa
rumahnya pertengahan tahun lepas.
“Saya dan suami
tidak mampu untuk membina kediaman baru dan terpaksa tinggal di rumah lama yang
kurang selesa. Pendapatan pun tidak seberapa untuk menyara perbelanjaan harian
dan persekolahan anak-anak.
“Pendapatan saya
bekerja mencucuk sate hanya RM200 seminggu. Kalau banyak tempahan, dapat lebih
dan suami yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang sawit di Tangkak menerima
gaji RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kediaman itu
yang disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim
Samuri, di sini, semalam.
Hadir sama,
Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sagil, Datuk Md Ismail Hamdan; Ketua UMNO
Cawangan Kampung Konggo, Abd Razak Rapon dan Ketua Kampung Sagil Parit Satu dan
Konggo, Senen Kadong.
Abu Bakar pula
melahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Hamim yang juga Ahli Parlimen
Ledang serta pihak penyumbang dan penduduk kampung yang membantu beliau
sekeluarga mendapatkan sebuah kediaman yang selesa.
Sementara itu, Md
Ismail berkata, pembinaan rumah berukuran 20 kaki x 30 kaki itu dilaksanakan
berkonsepkan gotong-royong dari segi penyediaan bahan binaan dan kerja
membinanya .
Katanya, kos
pembinaan rumah itu menelan belanja kira-kira RM35,000 yang dimulakan Jun 2015
dan siap pada akhir tahun lepas yang meliputi tiga bilik tidur dan dua bilik
air.
“Pembinaan rumah
ini bukan projek daripada peruntukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
tetapi dibina hasil sumbangan bahan binaan oleh Hamim, DMH Resourses, Asri Agro
Ledang dan beberapa individu lain malah ia dibina berkonsepkan gotong-royong.
“Bentuk rumah ini
seperti rumah PPRT namun ia sebenarnya dibina secara gotong-royong yang
melibatkan penduduk kampung seperti Jawatankuasa Pemuda dan UMNO Cawangan dalam
Zon Sagil serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sagil
Parit 1 dan Konggo yang mahir dalam pertukangan,” katanya.
Hamim yang juga
Ketua UMNO Bahagian Ledang pula berkata, beliau bersimpati dengan keadaan rumah
milik keluarga itu yang uzur selepas
ditimpa bencana ribut dan mencadangkan supaya ia dibuat yang baru.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri (empat kiri) bersama Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sagil, Datuk Md Ismail Hamdan (tiga kiri) bergambar bersama keluarga Abu Bakar Pardan (lima kanan) di Kampung Konggo, Sagil dekat Tangkak.-INFOLEDANG
Katanya, pembinaan rumah itu dibuat berkonsepkan gotong-royong yang boleh disertai semua pihak dengan menyumbangkan bahan binaan dan tenaga kerja.
“Setiap masyarakat
di kampung ini mempunyai peranan masing-masing dan melalui konsep gotong-royong
ini dapat membantu sebuah keluarga memiliki kediaman yang lebih selesa.
“Mudah-mudahan
penglibatan semua pihak dan masyarakat membantu keluarga yang berada dalam
kesusahan akan mendapat keberkatan hasil kerjasama dan semangat
bergotong-royong yang masih kukuh,” katanya.-INFOLEDANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan