PENGUNJUNG SETIA

01 Ogos 2018

LOGO DAN TEMA MERDEKA MALAYSIA 2018

Tema Sayangi Malaysiaku dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018 pada 27 Julai 2018.

Logo Merdeka

Buat pertama kalinya didalam sejarah Malaysia, Sambutan Hari Kebangsaan 2018 diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.

"Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.

"Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018," katanya.

Gobind berkata pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 Ogos di Pulau Pinang seperti pertunjukan bunga api, kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka, karnival trak makanan, larian merdeka dan jualan My Best Buy FAMA.

Beliau berkata pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualkan tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.

Ditanya mengenai sambutan kurang baik dalam kempen kibar Jalur Gemilang pada tahun-tahun sebelum ini, beliau berharap rakyat dapat bersama-sama menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan itu.

Apabila tiba Hari Merdeka, kita semua merasakan ia adalah penting buat kita, jadi seharusnya semua rakyat Malaysia menunjukkan usaha bahawa mereka adalah sebahagian daripada sambutan itu. Mari kita jayakan sambutan ini bersama-sama.

"Saya mohon kerjasama setiap rakyat Malaysia bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga mulai sekarang dan sepanjang Ogos hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kota Kinabalu, Sabah," katanya.

Logo 'Sayangi Malaysiaku', ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Merdeka 2018

RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

MAKSUD LOGO
Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warna adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Rasional Logo

RASIONAL TEMA
Tema Sayangi Malaysiaku bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ''Kita Punya Malaysia' nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.

Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta, katanya dan bakal dimainkan media-media rasmi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

© Logo & Tema Merdeka Malaysia 2018 - Malaysian Coin

Tiada ulasan: