PENGUNJUNG SETIA

01 Mei 2021

UMNO LEDANG AGIH SUMBANGAN DALAM SENTUHAN KASIH RAMADAN

Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri (tiga kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada ketua cawangan dalam program Sentuhan Kasih Ramadan Zon Gambir.

TANGKAK: UMNO Bahagian Ledang meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada golongan memerlukan sempena bulan Ramadan.

Sumbangan kepada 580 penerima dalam 58 buah cawangan di Zon Gambir itu dilaksanakan menerusi program Sentuhan Kasih Ramadan 1442/2021.

Ketuanya, Datuk Ir Hamim Samuri berkata sempena bulan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan bersedekah terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik atau golongan asnaf.

Katanya, program tradisi yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan atau menjelang Aidilfitri itu bertujuan memberikan kelegaan golongan kurang berkemampuan membuat persediaan berbuka dan sebagainya.

“Sebenarnya program Ziarah Kasih kami adakan sepanjang masa namun sempena bulan Ramadan ia lebih kepada menyantuni golongan berkenaan untuk meringankan beban mereka membuat persediaan bersahur dan berbuka.

“Terdapat 58 buah cawangan di dalam Zon Gambir yang diwakili ketua masing-masing akan mengagihkan kepada 10 keluarga kurang berkemampuan di cawangan mereka,  katanya pada majlis penyerahan sumbangan Sentuhan Kasih Ramadan bagi Zon Gambir dekat Bukit Gambir, Tangkak, di sini.

Hamim berkata, menerusi sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan tepung, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka.-iNFOLEDANG2021

Tiada ulasan: