Oleh Rozzaman Jalal
Ledang: Pasukan Ledang
Warrior B mengungguli Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Rentap Bola
selepas menewaskan Padang Lalang FC pada perlawanan akhir baru-baru ini.
Pasukan itu meraih RM1,000 serta medal, manakala Padang Lalang FC RM700 dan medal.
Kejohanan yang disertai 33 pasukan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri.
Ketua Pemuda UMNO Ledang, Sahrihan Jani, berkata program Rentap Bola adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program Jelajah Aspirasi Pemuda bagi mendekatkan kepimpinan parti dengan golongan muda di peringkat akar umbi.
33 pasukan bertanding terdiri daripada 14 pasukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, 10 dari DUN Gambir manakala 9 pasukan dari DUN Tangkak.
Tempat ketiga milik Pemuda Sungai Mati FC (RM400) dan keempat Jalan Ahmad FC (RM200).
Hadiah disampaikan Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Mohammad Abu Bakar.

SUMBER: HARIAN METRO, 17 JANUARI 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan