LEDANG 26 Jan. - Persimpangan bertingkat Bukit Gambir di sini yang
dibina dengan kos RM115 juta beroperasi secara rasmi mulai pukul 6 pagi
ini.
Tol kedua yang dibina di daerah ini, terletak antara Plaza Tol
Tangkak dan Pagoh iaitu di Kilometer (km) 157.1, Lebuhraya Utara-Selatan
dengan jarak sejauh 12.1 km dari Plaza Tol Tangkak dan 14.8 km ke Plaza
Tol Pagoh.
Tinjauan Utusan Malaysia di persimpangan bertingkat itu mendapati,
laluan masih lenggang dengan kebanyakan pemandu kenderaan keluar masuk
adalah dari daerah ini yang mahu merasai pengalaman melalui lebuh raya
tersebut.
Bagi kenderaan yang masuk dari Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit
Gambir, bayaran dikenakan RM1.80 (kereta), RM2.80 (lori kecil), RM7.20
(lori besar), RM0.90 (teksi) dan RM1.40 (bas) manakala dari Tol Pagoh
ke Bukit Gambir, bayaran adalah RM2.20 (kereta), RM3.40 (lori kecil),
RM4.50 (lori besar) dan RM1.10 (teksi/bas). - UTUSAN ONLINE
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JANUARI 2014
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JANUARI 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan