PENGUNJUNG SETIA

26 Oktober 2008

DUA KONSTABEL MATI NAHAS

Dua konstabel mati nahas

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

PENYIASAT Trafik, Inspektor Karmila Mohd Nasir melihat keadaan Honda Civic yang remuk teruk menyebabkan dua anggota polis maut.

TANGKAK: Dua anggota polis yang pulang bercuti sempena Deepavali, maut, manakala dua rakan sekolah mereka parah, apabila Honda Civic yang mereka naiki terputus tiga selepas terbabas dan merempuh pokok, berhampiran persimpangan Bekoh, Jalan Payamas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Konstabel P Selvakumaran, 26, bertugas di IPPD Pasir Mas, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, yang juga pemandu, Konstabel M Jegathesan, 26, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Marang, Terengganu, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tangkak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata dua lagi rakan mereka, K Loganathan, kelindan lori, dan D Sathahian, pemandu di Singapura, masing-masing berusia 26, dilaporkan cedera parah dan dirawat di hospital sama.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pengebumian anggota keluarga rakan mereka, apabila kereta yang dipandu Jegathesan gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar dua pokok serta papan tanda, menyebabkan kereta itu remuk teruk," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat hospital itu, di sini, semalam.

Sementara itu, rakan karib mangsa, G Sathiaseelan, 28, pemandu teksi, berkata, beliau tidak menyangka akan kehilangan dua rakan dalam sekelip mata dan turut terkilan kerana perancangan mereka menyambut hari lahir Jegathesan, esok, tidak tercapai.

SUMBER: BERITA MINGGU, 26 OKTOBER 2008

Tiada ulasan: