PENGUNJUNG SETIA

18 Oktober 2008

PEMUDA UMNO LEDANG CALONKAN KHAIRY, RAZALI

Pemuda UMNO Ledang calonkan Khairy, Razali

MUAR 18 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang bermesyuarat malam tadi mencalonkan Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim untuk bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Khairy memperoleh 81 undi mengalahkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mendapat 76 undi.

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Zailah Amar berkata, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, Razali yang juga Ahli Parlimen Muar mendapat sokongan sebulat suara daripada 284 perwakilan yang hadir.

"Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Tangkak, Zaidi Abdul Majid dipilih sebulat suara menggantikan Md. Zan Abu yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa bahagian pada mesyuarat esok.

"Naib Ketua Pemuda Bahagian pula dimenangi oleh ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian, Mohd. Musa Katiran juga menang tanpa bertanding," katanya.

Mesyuarat Pemuda Ledang itu diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir malam tadi dan dirasmikan Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 OKTOBER 2008

Tiada ulasan: