PENGUNJUNG SETIA

25 Oktober 2008

KERANI POS DITUDUH PALSU REBAT TUNAI

Kerani pos dituduh palsu rebat tunai

TANGKAK: Seorang kakitangan Pos Malaysia Berhad dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas 10 tuduhan membuat pemalsuan pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel membabitkan wang tunai kira-kira RM6,000.

Mohd Hilmi Mohd Nor, 25, beralamat di Jalan Haji Jaib, Muar dan menjadi kerani di Pejabat Pos Muar didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di Kaunter Pejabat Pos Tangkak dan Muar pada 4 dan 8 Julai lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Pos Muar, pada jam 3.59 petang, 8 Julai lalu, manakala bagi pertuduhan lain, beliau didakwa melakukannya di Kaunter Pos Tangkak, antara jam 4.50 petang dan 4.59 petang, 4 Julai lalu.

SUMBER: BERITA HARIAN, 25 OKTOBER 2008

Tiada ulasan: