PENGUNJUNG SETIA

04 Oktober 2008

ISKANDAR MALAYSIA DIYAKINI DAPAT KEKAL MOMENTUM KEMASUKAN PELABUR

Iskandar Malaysia Diyakini Dapat Kekal Momentum Kemasukan Pelabur

MUAR, 4 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia yang akan menyertai pameran hartanah dunia terbesar selama enam hari di Dubai mulai esok, diyakini dapat mengekalkan momentum kemasukan pelabur asing yang memberangkangkan ke koridor pembangunan selatan itu.

Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Abdul Ghani Othman yang mengetuai rombongan 100 wakil syarikat di koridor itu turut berkeyakinan bahawa matlamat bagi mendapatkan pelaburan bernilai RM47 bilion bagi lima tahun pertama akan tercapai mengikut jadual.

"Dalam tempoh dua tahun sahaja sejak ia dilancarkan, Iskandar Malaysia kini sudahpun menerima pelaburan berjumlah RM38 bilion. Kita hanya perlu mencari sembilan bilion sahaja lagi untuk memenuhi sasaran itu.

"Saya yakin, jika momentum kemasukan pelabur di Iskandar Malaysia dapat diteruskan, sasaran kita untuk mendapatkan pelaburan sejumlah RM47 bilion dalam tempoh lima tahun, akan tercapai lebih awal," kata Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Sungai Mati, di sini, Sabtu petang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Othman Jais, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Aziz Kaprawi dan Pengerusi UDA Datuk Baharum Mohamad.

Abdul Ghani berkata Iskandar Malaysia akan memberi tumpuan terhadap bidang perkhidmatan, kesihatan, pendidikan, selain industri pembuatan yang akan ditawarkan kepada pelabur antarabangsa pada pameran dunia itu.

Pihaknya juga menawarkan tspsk untuk industri pengeluaran makanan organik berikutan pembukaan tanah seluas 4,000 hektar tidak lama lagi.

"Dengan pembukaan itu, keluasan tanah untuk pengeluaran makanan di Johor meningkat kepada 8,000 hektar," katanya.

SUMBER:-- BERNAMA, October 04, 2008 18:05 PM

Tiada ulasan: