PENGUNJUNG SETIA

04 Ogos 2009

JAMBATAN KECIL, MAKNANYA BESAR

Ditulis oleh Siti Sarah Mohd Azlan (Simba/Jelajah Johor)
Selasa, 04 Ogos 2009 17:35 | 85 hits
















Ketua Kampung Parit Sialang, Muar, Zulkifli Shakur, 46
bersama Mahat Ajam, 45, sedang meninjau acuan konkrit
tiang jambatan kecil di ladang sawit berkelompok yang
dikenali sebagai Estet Kecil Ala RISDA (EKAR)
di Kampung itu.

Jambatan kecil yang dibina oleh RISDA melalui
peruntukan infrastruktur itu amat penting kepada
pekebun kecil sawit di kampung berkenaan, bagi
memudahkan mereka membawa keluar hasil
pertanian masing-masing.

Sembilan buah jambatan sedang dibina di situ
dengan merentangi parit-parit kecil yang memisahkan
beberapa blok ladang sawit.

Kos keseluruhan pembinaan jambatan itu adalah
sebanyak RM84,000 termasuk kerja-kerja
menambak jalan ladang. Foto Fairus Foat

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR
MEDKOM.MY 4 OGOS 2009

Tiada ulasan: