PENGUNJUNG SETIA

04 Ogos 2009

PELANCARAN KOMUNITI LEDANG FACEBOOK


LEDANG: Ahli Parlimen Ledang, Ir Haji Hamim Samuri telah melancarkan sebuah grup di alam siber khusus untuk warga Ledang yang diberi nama 'KOMUNITI LEDANG'.

Grup tersebut yang menggunakan laman Facebook, sebuah jaringan sosial sebagai tapak bertujuan untuk menghimpunkan seluruh warga Ledang sama ada yang tinggal dan menetap di daerah Ledang mahupun yang tinggal di luar Ledang untuk berinteraksi menggunakan kemudahan ICT.

Hamim yang juga penaung Komuniti Ledang mengajak warga Ledang menyertai komuniti ini untuk memeriahkan lagi dunia siber terutama yang melibatkan anak-anak Ledang.

Menurutnya lagi sekiranya telah ramai yang menyertai grup ini beliau bercadang untuk membuat satu perjumpaan sesama ahli sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

Mereka yang ingin menyertai grup ini boleh klik pautan ini 'KOMUNITI LEDANG' tetapi perlu mendaftar sebagai ahli Facebook terlebih dahulu.

Di bawah ini merupakan ucapan pelancaran grup Komuniti Ledang oleh YB Hamim di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat, Bukit Gambir pada 1 Ogos lalu.




-Video ucapan ini dibawakan oleh Adisabariman Kreatif dan iNFOLEDANG.


Tiada ulasan: