

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia sedang menyapu sampah di belakang rumah.
Katanya, reptilia itu bergerak pantas dan dalam sekelip mata, sudah masuk ke ruang dapur rumah dan lebih membimbangkan, ketika kejadian, suami, Tumiran Melan, 51, tiada di rumah.
Katanya, dia meminta anak lelakinya memanggil suami yang berada di rumah jiran sebelum mereka meminta bantuan orang ramai menangkap reptilia itu.
"Seorang penduduk kampung yang mempunyai senapang patah menembak ular tedung itu hingga mati," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO, 15 OGOS 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan