Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor |
|
LEDANG: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak
terpengaruh dengan strategi pembangkang termasuk mengadakan demonstrasi
jalanan untuk merampas kuasa pemerintahan di negara ini.
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata demonstrasi pada 28
April lalu hanyalah bertujuan membangkitkan perasaan marah dan benci
kepada kerajaan.
"Pendekatan melampau tersebut adalah strategi pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa walaupun terpaksa mengorbankan negara.
"Pihak
tertentu gunakan cara memecah belah masyarakat untuk mendapatkan kuasa
pemerintahan . Perpecahan itu dikuatkan lagi dengan menanam perasaan
tidak suka dan benci antara satu sama lain," katanya.
Abdul Ghani berkata demikian semasa berucap pada majlis Majlis Perasmian Penutup Karnival
Kayuhan 1Malaysia di dataran Bukit Gambir di sini, hari ini
Katanya
lagi, bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman negara terus
terjamin, rakyat dinasihatkan terus bersatu padu dan menolak usaha
mewujudkan polarisasi antara kaum dan masyarakat yang dilakukan oleh
pihak berkenaan.
"Setiap usaha yang mereka lakukan
mempunyai niat tertentu termasuklah mewujudkan polarisasi antara kaum
supaya wujud sifat saling membenci antara satu sama lain.
"Dengan usaha-usaha ini, mereka beranggapan bahawa impian mereka untuk mentadbir dan memerintah negara akan dicapai," katanya.
SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY, 01 MEI 2012
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan