LEDANG: "Sebaik tiba di rumah
mangsa, saya melihat mak cik Juriah di depan pintu dengan darah
terpancut keluar dari kepalanya sambil menunjukkan pak cik Reduan di
dinding dapur yang meminta tolong dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,"
kata saksi kejadian amuk, Siti Aminah Wahab, 34.
Dalam kejadian pada jam 10.41 pagi itu, seorang warga emas, Revuan@Reduan Harun, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditetak bertubi-tubi di badan dan kepala oleh seorang gadis berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Parit Kerinci di sini, semalam.
Isteri mangsa, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, parah selepas ditetak di kepala oleh gadis terbabit yang tiba-tiba datang ke rumah warga emas itu.
Siti Aminah berkata, ketika kejadian, dia berada di dapur rumahnya kira-kira 200 meter dari rumah mangsa dan mendengar suara orang meminta tolong.
Menurutnya, jeritan meminta tolong itu berlarutan hampir 10 minit sebelum ibu saudaranya meminta dia melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia menunggang motosikal dan berhenti di depan rumah mangsa sebelum melihat Juriah berlumuran darah.
"Ketika itu, tiada orang lain di rumah melainkan pasangan warga emas itu dan pintu rumahnya terbuka.
"Saya melihat mak cik Juriah cuba berjalan ke pintu depan, namun keadaannya amat lemah.
"Mulutnya bergerak dan cuba berkata sesuatu, tetapi suaranya serak mungkin kerana terlalu lama menjerit meminta tolong," katanya.
Siti Aminah berkata, terkejut dengan kejadian itu dia menghubungi ambulans yang tiba 40 minit kemudian.

SUMBER: HARIAN METRO, 30 MEI 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan