PENGUNJUNG SETIA

03 Mei 2012

RAKYAT JOHOR DIMINTA JAUHI DEMONSTRASI

ABDUL Ghani Othman (tengah) cuba menunggang basikal BMX sebelum merasmikan Karnival Kayuhan 1Malaysia di Dataran Bukit Gambir, Ledang, kelmarin. 
 
LEDANG 2 Mei - Rakyat Johor diingatkan supaya tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan yang hanya bertujuan membangkit perasaan marah, benci dan memporak-perandakan negara kerana ia adalah strategi pendekatan melampau pihak tertentu yang mahukan kuasa walaupun mengorbankan tanah air.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, taktik memecah-belah masyarakat digunakan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang mana perpecahan dikuatkan dengan perasaan tidak suka dan benci antara satu sama lain.

"Ini boleh dilihat pada 28 April lalu melalui demonstrasi yang dibuat oleh mereka untuk bangkitkan perasaan marah dan benci. 

"Rakyat perlu menolak pendekatan itu dan harus terus bersatu padu bagi memastikan negara kekal makmur serta memperoleh kejayaan yang lebih besar," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Kayuhan 1Malaysia di Dataran Bukit Gambir di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan; Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee; ADUN Bukit Serampang, Tahir Taat dan Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramin.

Sementara itu, Asojan yang juga ADUN  Gambir mengingatkan rakyat agar tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang gilakan kuasa untuk memerintah negara.

Mengenai program tersebut, beliau berkata, seramai 600 orang menyertainya dan diharap dapat diteruskan pada masa depan kerana ia boleh mengeratkan silaturahim.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 03 MEI 2012

Tiada ulasan: