LEDANG - Seramai 99 penagih ditahan di beberapa rumah dan tempat awam
sekitar daerah ini sepanjang bulan lalu, membabitkan rampasan pelbagai
jenis dadah bernilai kira-kira RM50,000.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris berkata, mereka ditahan di beberapa kawasan panas, antaranya di Ledang, Tangkak dan Sungai Mati, dekat sini.
Menurutnya, kesemua yang ditahan berumur di antara 17 hingga 56 tahun termasuk seorang wanita.
“Selain 99 orang ini ditahan atas kesalahan menagih dadah, ada antaranya yang melakukan kesalahan lain contohnya 13 orang daripadanya mengedar dadah secara kecil-kecilan dan tujuh lagi memiliki dadah.
“Antara dadah yang kita rampas ialah heroin seberat 50.87 gram (g), ganja (1.38g), syabu (19.10g) dan ekstasi (0.9g) yang semuanya dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, kelmarin.
Harun berkata, sarang penagih di sini digempur kerana kebanyakan mereka terlibat dengan jenayah selain bagi membanteras serta mencegah kegiatan penyalah- gunaan dadah.
“Kami akan menggiatkan usaha untuk memburu penagih dadah untuk mengurangkan bilangan penagih di daerah ini,” katanya.
Dalam kes berlainan, seorang penagih dadah berumur 23 tahun dari Taman Ledang, Sagil, ditahan di rumahnya pada jam 2.30 pagi, kelmarin, kerana terlibat dalam dua kes pecah rumah di sini.
Harun berkata, suspek yang bekerja sendiri itu dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan taman tempat tinggalnya pada 25 Mei lalu dan satu lagi di Taman Warisan Sagil, 5 Julai lalu.
Menurutnya, suspek positif dadah jenis morfin, tetapi tidak memiliki rekod jenayah lampau.
“Ketika serbuan, polis merampas tiga telefon bimbit, sebentuk cincin emas dan satu loket emas dipercayai milik mangsa,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 14 JULAI 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan