LEDANG – Tiga remaja berusia 17 tahun ditahan sepasukan anggota
Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang kerana mencuri
motosikal dalam kejadian berasingan di Tanjung Agas dan Sagil.
Dalam kejadian 21 Julai lalu, suspek dari Kampung Jawa, Segamat ditahan di Batu 27 Jalan Muar-Segamat, Sagil dekat sini.
Suspek ditahan semasa rondaan yang dibuat oleh pasukan berkenaan kerana didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek mendapati motosikal berkenaan dicuri kerana nombor enjin dan nombor casisnya telah dikikis.
Menurutnya, suspek juga menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.
“Dia ditahan reman sehingga 25 Julai dan dituduh di Mahkamah Majistret hari ini (semalam), serta dikenakan denda sebanyak RM500,” katanya pada sidang media di IPD Ledang, semalam.

SUMBER: SINAR HARIAN, 27 JULAI 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan