MUAR – Sepasang suami isteri dari Taman Desa Sungai Abong, dekat sini,
merayu orang ramai menghulurkan sumbangan bagi menampung kos tambahan
yang diperlukan untuk pembedahan anaknya yang mengalami masalah
pembukaan saluran injap jantung yang tidak normal dan sempit.
Ibunya, Nor Wahiedah Abdul Wahid, 43, berkata, Muhammad Nur Irfan Abd Shukor, 3, dijangka menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 27 Julai ini.
Menurutnya, kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM35,000, yang mana kerajaan telah bersetuju menanggung kos sebanyak RM30,000.
“Jadi kami memerlukan RM5,000 atau lebih sebagai wang tambahan sekiranya pembedahan yang dilakukan nanti berlaku sebarang komplikasi.
“Irfan juga disahkan mehidap sindrom rubela ketika dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya.
Nor Wahiedah berkata, sindrom tersebut turut memberi impak terhadap mata, telinga dan tumbesaran Irfan yang agak lewat berbanding kanak-kanak seusianya.
Katanya, semasa dilahirkan, keadaan Irfan sangat teruk dan terpaksa dimasukkan dalam unit kecemasan selama sebulan.
“Pasangan kembarnya turut hidap sindrom sama tetapi meninggal dunia pada hari ke-22, ketika di ICU,” katanya.
Menurut Nor Wahiedah, selain rawatan rutin di HPSF, Irfan juga perlu menjalani rawatan susulan di IJN dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru setiap tiga bulan sekali.
Jelasnya, Irfan tidak boleh makan sebarang makanan berbentuk pepejal dan perlu bergantung dengan susu khas dan bijirin oat.
“Kos menampung perbelanjaan Irfan sebanyak RM400 sebulan agak membebankan kami sekeluarga kerana pendapatan suami sebagai pemandu lori sebanyak RM1,500 sebulan tidak mencukupi.
“Pendapatan ini perlu digunakan untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan persekolahan empat anak lain dan kos perjalanan setiap kali ke hospital untuk rawatan susulan Irfan,” katanya.
Katanya lagi, dengan pendapatan tersebut ditambah pula tanggungan yang banyak, tidak mungkin dia dapat mengumpul RM5,000 dalam masa terdekat ini.
“Saya berharap ada pembaca akhbar ini yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.
Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank Nor Wahiedah (151043880236).

SUMBER: SINAR HARIAN, 22 JULAI 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan