Ditulis oleh Zulfikri Aman (Selipar Hijau/Jelajah Johor) |
SEKALI imbas ia kelihatan biasa sahaja, namun ada kelainan pada hujung alat pemukul jidor yang digunakan oleh Zakaria Subuh, 40, kerana ia bukan seperti kebiasaannya dibaluti dengan kain atau span. Sebaliknya, kumpulan kemplingan Kampung Melayu Raya, Tangkak ini menggunakan bola tenis yang diskru kepada alat pemukul itu bagi memastikannya ia tidak mudah tertanggal. Penggunaan bola tenis itu bukan sahaja lebih mudah untuk dipasang kepada alat pemukul, malah menurut Zakaria, ia menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar. Katanya, bola tenis yang di dalamnya kosong itu mengeluarkan bunyi lebih nyaring dalam tindak balasnya ketika diketuk ke permukaan jidor yang diperbuat daripada kulit kambing. Tidak hairanlah penggunaan boleh tenis sebagai pemukul jidor itu mudah menarik perhatian dan kini menjadi ikutan. Gambar Amirull Salihing SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG KAMPUNG, MEDKOM.MY 28 JULAI 2009 |
Collaboration request
6 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan