|
|
Mereka kini menyediakan sebanyak 1,500 'bunting' dan 20 kain rentang untuk dipasang di beberapa daerah yang terlibat di negeri ini sempena acara tahunan itu.
Setiausaha KMJ, Kamal Hisyam Jaafar berkata, bunting dan kain rentang tersebut akan dipasang di 14 tapak majlis sempena KMJ yang akan diadakan di 10 daerah negeri ini.
"Kami telah pun memasang bunting dan kain rentang di laluan dan tempat yang akan disinggahi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Iskandar Iskandar sewaktu kembara ini.
"Kami telah membuat persiapan untuk kembara ini sejak enam bulan lalu sebab kali ini rombongan akan melawat beberapa perkampungan Orang Asli.
''Kami mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Daerah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Kamal Hisyam berkata, pada setiap lokasi yang dilawati Tunku Mahkota, penduduk akan menerima sumbangan sama ada bantuan persekolahan atau baik pulih rumah.
Menurutnya, selain mengeratkan hubungan antara pihak istana, kerajaan serta rakyat, kembara yang berlangsung selama empat hari itu turut melakukan kerja-kerja sosial.
"Pihak kami telah mengenal pasti mereka yang bakal menerima sumbangan atau membaik pulih serta membina rumah baru.
''Bukan itu sahaja, kami juga telah melawat beberapa tempat yang bakal dikunjungi kelak sebagai persiapan," katanya.
Katanya, 150 peserta daripada jabatan kerajaan serta media massa akan menyertai kembara yang menggunakan 40 kenderaan pacuan empat roda itu hingga 7 Julai ini.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 2 JULAI 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan