PENGUNJUNG SETIA

06 Julai 2009

TMJ RAI PENGANTIN ORANG ASLI


TUNKU IBRAHIM ISMAIL menepung tawar pengantin Orang Asli yang bersanding di Kampung Segamat Kecil, Segamat semalam.


SEGAMAT – Sepasang pengantin baru Orang Asli dari suku kaum Jakun bertuah apabila majlis persandingan mereka turut dihadiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar semalam.

Tunku Ibrahim Ismail berkenan ke majlis persandingan pasangan Kamarul Seda, 34, dan Noridah Aris, 25, ketika jelajah Kembara Mahkota Johor yang memasuki hari kedua singgah di Kampung Orang Asli Segamat Kechil di sini.

Menurut Kamarul, dia sangat gembira apabila hari bersejarah buat diri dan pasangannya itu turut dihadiri oleh TMJ selain kaum keluarganya yang lain.

“Dengan kehadiran Tunku Mahkota, sedikit sebanyak kami dapat tunjukkan cara persandingan suku kaum kami kepada kesemua rombongan yang datang.

“Saya tidak akan lupakan saat ini dan menganggap kehadiran Tunku Mahkota sebagai hadiah terhebat untuk perkahwinan kami,” katanya yang bernikah di Surau Nurul Taqwa di sini pada 26 Jun lalu.

SUMBER: KOSMO! 6 JULAI 2009

Tiada ulasan: