LEDANG – Gara-gara bosan tiada duit dan suami lewat menerima wang bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang isteri bertindak di luar kawalan dengan membakar kediaman mereka awal pagi semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi di sebuah taman perumahan di sini dikatakan bermula apabila wanita itu yang naik angin telah membakar tilam di dalam bilik utama, hasil pemberian ihsan daripada orang ramai.
Lebih tragis, suaminya yang lumpuh itu ditinggalkan bersendirian dalam keadaan api mulai marak itu dan tidak mempedulikan jeritan pertolongan daripadanya.
Namun begitu, jeritan lelaki itu, Jailani Osman (bukan nama sebenar) berjaya mengejutkan jiran tetangga lain yang seterusnya bertindak menyelamatkannya.
Ketika ditemui, Jailani melahirkan rasa syukurnya apabila terselamat daripada menjadi mangsa isterinya yang dipercayai kurang siuman.
Dia mengalami kecederaan ringan di kedua-dua belah tangan kerana cuba melawan isterinya yang menggunakan pisau dengan mengugutnya supaya menyerahkan duit bantuan JKM itu.
Menurutnya, sebelum ini mereka kerap bertengkar mengenai perkara yang sama sejak dua tahun lalu apabila dia lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan.
“Saya tidak menyangka pada kali ini dia telah bertindak lebih agresif. Sebelum ini dia turut pernah cuba menetaknya dengan parang kerana masalah yang sama,” katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya di sini.
Katanya, sejak itu, isterinya yang mempunyai rekod pesakit kurang siuman bersikap panas baran dan kerap memaki hamun jika tidak diberikan wang yang diminta.
“Saya sering ingatkannya supaya mengambil pil secara teratur, sebaliknya saya pula yang dimarahinya,” katanya.
Wanita itu kini dirawat di wad sakit mental di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang awam kira-kira jam 4.08 pagi.
Menurutnya, tiga jentera bersama-sama 18 anggota mengambil masa kurang 10 minit untuk memadamkan api daripada merebak.
“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara terbabit.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 24 OKTOBER 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan