LEDANG - Matlamat Kerajaan Negeri Johor melalui Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman bagi membasmi golongan miskin tegar akhir tahun 2010 di sini akan tercapai sekiranya golongan tersebut berani tampil untuk merubah kehidupan mereka khususnya dalam taraf ekonomi mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee berkata, pelbagai usaha dan program dirangka serta dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin tegar meningkatkan pendapatan mereka sekeluarga.
“Kini masyarakat perlu sedar bahawa kerajaan memandang serius bidang pertanian dan industri yang dilihat mampu memberikan pulangan lumayan kepada masyarakat, malah dapat sama menjana pendapatan negara.
“Pejabat Pertanian dilantik oleh kerajaan bagi memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada mereka terutama masyarakat luar bandar untuk menjalankan sesuatu pertanian ataupun industri mengikut kebolehan dan kepakaran yang ada,” katanya.
Beliau yang hadir merasmikan Majlis Penyampaian Peralatan PGA dan SPKR anjuran Pejabat Pertanian Ledang berkata, program penggalakan dan pengembangan pertanian yang disusun memberi peluang kepada individu supaya lebih berdaya saing untuk mengeluarkan produk yang halal lagi selamat untuk dimakan.
“Malah, dengan kursus yang diadakan diharap dapat menambahkan lagi pengeluaran eksport pertanian ke luar negara yang akan membantu memajukan bidang pertanian dalam negara selain meningkatkan jumlah pendapatan negara.
“Bagi bidang industri pula, idea-idea kreatif diperlukan bagi memantapkan lagi sektor perindustrian negara dalam mengeluarkan barang tidak kira apa jua barangan yang akan menyumbang kepada pendapatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Hadir sama Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Jamaludin Md Zain pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.
Menurutnya, bagi memantapkan lagi kerja-kerja dan usaha meramaikan lagi para usahawan yang inovatif di Ledang, beliau memperuntukkan sebanyak RM5,000 kepada Pejabat Pertanian Ledang bagi mendapatkan mesin fotostat bagi memudahkan urusan-urusan untuk membantu para usahawan kecil di sini.
“Difahamkan urusan jabatan ini banyak menggunakan kertas bagi menjayakan sesuatu program dan kekangan dari segi pengurusan mesin fotostat menyukarkan perjalanan operasi yang dilaksanakan maka ADUN Tangkak akan menyediakan peruntukan bagi memenuhi kekangan yang ada.
“Dengan adanya peruntukan ini diharap pelaksanaan misi yang diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada jabatan ini dapat diperhebatkan lagi agar pencapaian yang diterima akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 3 OKTOBER 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan