PENGUNJUNG SETIA

09 Oktober 2010

REMAJA DITAHAN DISYAKI ROGOL KANAK-KANAK

LEDANG 8 Okt. - Seorang remaja berusia 13 tahun ditahan setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga sepupunya di sebuah rumah di Tangkak di sini Ahad lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas remaja serta kanak-kanak itu menonton cakera padat video (VCD) bersama-sama di dalam sebuah bilik di rumah mangsa.

Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, ibu mangsa mengesyaki sesuatu setelah melihat kesan darah pada kemaluan mangsa semasa memandikannya keesokan harinya.

Jelasnya, setelah didesak, kanak-kanak itu mengaku mengenai perbuatan sepupunya.

"Ekoran itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada Isnin dan susulan itu, kita menahan remaja tersebut di rumahnya, Selasa lalu.

"Kami juga mendapat perintah tahan reman selama seminggu sehingga 12 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenaan dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Harun, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kedua-dua ibu bapa mangsa berada di rumah.

Katanya, kedua-duanya bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa kerana remaja itu sering berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.

"Berdasarkan pemeriksaan perubatan di Hospital Tangkak, mangsa disahkan dirogol berikutan terdapatnya kesan koyakan pada kemaluannya.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai kes rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: