JOHOR BAHRU - Sebuah hab perabot antarabangsa dengan pusat pameran gergasi akan dibina di Tangkak, Ledang, untuk menghimpunkan usahawan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan industri berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, Kerajaan Negeri sudah sedia maklum dan bersetuju dengan cadangan yang akan menelan kos RM300 juta.
Menurutnya, hab dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi dan 150,000 meter persegi itu akan menjadikan Tangkak sebagai tumpuan pelabur, pengilang dan pembeli perabot dari dalam dan luar negara.
“Kerajaan Negeri amat menggalakkan pembabitan lebih ramai usahawan untuk menyertai dalam mana-mana industri, namun kita tidak mempunyai tapak pameran yang luas untuk mengetengahkan mereka bersama produk masing-masing.
“Pada waktu ini, kita sedang menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan pembinaannya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Expo Pameran Jentera Perindustrian Antarabangsa Malaysia 3P 2010 di Danga City Mall, di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Johor Selatan, The Kee Sin serta Pengarah Urusan Fireworks Event (M) Sdn Bhd, Jerel Soo Chi Yun.
Kok Hong berkata, Tangkak adalah lokasi strategik kerana daerah itu bersama Muar menyumbang kira-kira 45 peratus daripada jualan perabot negara ini.
Katanya, jualan berkenaan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa mencatatkan nilai jualan kira-kira RM8 bilion setahun.
“Sebanyak 2,000 kontena perabot dari Muar dan Tangkak pada hujung minggu untuk dihantar ke seluruh negara dan dieksport ke luar negara,” katanya.
Kok Hong berkata, pembukaan pusat itu dijangka mampu memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat seterusnya memajukan produk tempatan ke arah global sejajar dengan hasrat kerajaan mencapai negara maju.
“Dijangkakan pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan di atas tanah seluas 100 ekar ini sekiranya pusat sehenti yang dimaksudkan dapat dilaksanakan seperti dicadangkan,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 8 OKTOBER 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan