Cebisan rangka berkenaan ditemukan bersama-sama pakaian kira-kira pukul 10 pagi dalam keadaan berselerak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, penemuan itu berikutan kejayaan polis Kulai menangkap seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun pada 16 November lalu kerana disyaki terbabit dengan kes samun berkumpulan.
“Namun, pada 17 November suspek turut mengaku terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki pada bulan Julai bersama-sama seorang rakannya yang masih bebas dan telah melarikan kereta
jenis Honda City berwarna hitam milik mangsa.
“Bertindak atas maklumat tersebut, suspek pada hari sama telah membawa polis ke sebuah kebun sawit, Jalan Kilang Lenga Palm Oil, Tangkak untuk menunjukkan tempat mayat mangsa
dibuang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kamaluddin berkata, polis akan meneruskan pencarian bukti di kawasan itu bagi membantu siasatan mengenai penemuan rangka manusia berkenaan. - UTUSAN ONLINE